Saturday, November 2, 2013

cuti - cuti Malaysia - Melaka bandaraya bersejarah

hari ni 2/11/2013..

den ngan keluarga pergi ke Melaka. walau berapa kali pergi pun, Melaka tetap istimewa pada pandangan mata den. beca memang penarik kota melaka. sampai2 sahaja itu yang direngekkan anak den. sekali naik RM25 tapi sebab kesesakan lalulintas yang memang parah hanya beberapa tempat sahaja yang sempat dia bawa. tapi uncle cina yang dah umur lebih 60 tahun tu lebih pandai cari laluan dan berjaya bawak omak den round  kat situ lebih lama. walapun sudah tua, tapi dia lebih larat menceritakan pada mak den tempat mana  yang seronok, nak makan kat mana yang best....
















cuti2 malaysia - Cameron Highland

cuti2 Malaysia .... hikhikhik
Strawberry ... itu sebab kenapa anak den nak pergi sana. bukannya kat sini tak ada strawberry... pi jer kat jusco ke tesco ke... ada aje. kata orang makan kat sana lebih manis. manis ke?.. tak lah manis macam ciku. nama pun strawberry .. mestilah ada rasa masamnya....

12.10.2013 - Cameron highland.


 konon2 malu nak bergambar tapi bila dah bergambar... poyo!

 Ni lagi poyo!! . surug pose cam  artis tapi pose cam gini lak!


Aiskrim , Strawberry dan krim - pandai tak! sejuk2 makan aiskrim,.... hmmm


Ayah cuma nak makan strawberry coklat sebab dia pun bukannya suka makan aiskrim dan strawberry.


 Omak den kalau bergambar memang gini jer pose dia. memang susah senyum. dia kata malu hahahaha.

Ladang teh,,, masa tu budak leaki jatuh teruk sebab tergelincir dari situ sampai ke bawah. gayat den masa tu.. memang jangan haraplah nak turun kehkehkhek.

Friday, November 1, 2013

masterchef tak berapa nak chef

Semalam encik wan balik dari Cameron highland. Beli fresh strawberry . Anak den ni yang tasya saja sukakan strawberry segar. Kami yang lain x berapa suka. Jadi budak 8 tahun tu manalah larat nak habiskan semua strawberry yang ayah dia beli... dengan penuh keperasanannya den nak jadi masterchef tak berapa nak chef. Konon2 nak buat muffinlah tapi teringat lak kegagalan sepanjang masa buat benda alah tu. Tup tup tasya suruh buat penkek sos strawberry. Den hentam je tapi jadi ler gak. Den x bubuh telur tapi masih boleh lembut sebab den letak minyak sayur. Ni ler gambonya tapi tak ler macam kat hotel yang glam lagi gah tu....







Jadi ler gak. Boleh ler di makan oleh anak2 den walaupun Iskandar tak berapa suka mungkin sebab rupa macam sos cili. Tasya habis! Malah adik dia punya pun dibedalnya sekali.

Sos yang lebih tu leh masuk peti ais... boleh buat benda lain lepas ni. Den tak letak gambo dah siap di letak sos sebab den ni serba tak pandai nak deco mendeco ni... bayangkanlah sendiri atas penkek tu ada sos strawberry... hihii.. k bye! salam kenyit - kenyit dariku.... AMI

Tuesday, June 25, 2013

testing..testing...

hai... ini personal blog den. nak merepek atau masukkan apa yang den suka. blog waniza aisa tu untuk karya2 den jer.... kat sini den nak upload apa2 gambo pun leh.... rasanya tak ramai yang nak tengok. seorang pun x ingin... jadi leh ler bermaharajalela kat sini. den ler permaisuri... kat sini huahahahahahhaahhahahaha... astaghfirullah... buruknya gelak!

nak masuk first gambo...

ni cover yang den buat.. betapa kurang cantik. tengah belajar2. ye lah... tengok blogger lain buat cover sikit punyaa cantik tahap princess kat istana itu. font tu diorang dapat mana entah. siap hujung huruf tu ada love tersangkut bagai... nak try buat lagi... tapi masa ambik sampai berjam - jam!